Wednesday, February 24, 2010

R A H S I A W A N I T A

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, February 23, 2010

My Final Volume

Finally, semuanya tamat sudah. Walaupun sedikit tak puas hati, tapi dah cukup ok la boleh compile kan ke dlm satu volume. Besides, this is my 1st trial. Banyak perkara yg t'jadi sampai satu-satu masa tu, rasa nak lepaskan je semua. Its not easy rupenya. Terlalu banyak perasaan t'paksa di manipulate kan t'masuk la perasaan sendiri. Tapi perkara yg paling best & teruja ialah apabila secara automatik pegang je pen & kita terus dapat tulis apa-apa je yg ada kat fikiran. Sebenarnya pengalaman tu penting. Tapi kadang-kadang, ini ialah salah satu cara terbaik utk kita luahkan apa yg t'buku di hati, yg tak dapat kita luahkan pada sesiapa. Lebih baik begini. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban di hati. Huhuhu.
Sebenarnya ada satu perkara yg nak dikongsi bersama. Sepanjang beberapa bulan lepas, terlalu banyak kata-kata yg ingin diri ini luahkan, tapi tak berdaya. Akhirnya tercetus la meditasi ini sbg tempat meluahkan perasaan terhadap seseorang. Pada mulanya, merasakan semua tu perasaan yg biasa saje. Tapi semakin hari, perasaan tu semakin kuat..Tertanya-tanya, apakah itu? Tak mungkin jatuh cinta kan. Tanpa disedari, sebenarnya puisi-puisi tu memang perasaan yg ada dalam hati ini yg ingin diluahkan kepada si dia. Sungguh berani diri ini bermain dgn kata-kata. Tapi kata-kata ini semuanya mmg bermakna.
Terpulang. Ya, semuanya terpulang pada diri masing-masing. Kita diberi pelbagai cara. Apa yg penting, manfaatkan semua kemudahan yg ada & jangan lepaskan peluang jika sudah diberi. My Final Volume tak bererti berakhirnya juga perasaan yg sudah wujud tu. Walau perit, diri ini tetap akn menanggung semuanya sendiri. Itu adalah kunci kekuatan yg mungkin tak dapat pada orang lain. Sangat-sangat berterima kasih pada seseorang kerana kehadirannya. Maaf seandainya banyak perkara telah melukakan hati anda. Semuanya sudah tidak penting lagi. Berterus terang lah. Anda tidak akn menyesal di kemudian hari. Peace No War ^_~

F I N A L E VOLUME 1

FINAL VOLUME 1


TERIMA KASIH
Kehadapan insan yg bernama teman...
Ketika mata memandang...
Ketika lidah berbicara...
Mengatur susun kata-kata...
Aku tidak lagi wujud di dunia nyata...
Jadikan aku bayanganmu...
Satukan batinku bersama jiwamu...
Ini bukan suatu kekecewaan...
Tapi ialah semangat baru...
Aku tahu begitu byk persoalan di mindamu...
Lupakan saja...
Kerana semuanya sudah b'nokhtah...
Jadikan aku kenangan...
Kisahku sebagai teladan...
Bukan simpati yg aku pinta...
Hanya secebis keikhlasan sbg seorang teman...
Aku tetap aku...
Walaupun hanya pada nama...
Aku tetap aku...
Yang pernah wujud di sisimu dulu...

Monday, February 22, 2010

B E R O N T A K

Knp wujudnya ayat-ayat ni???
Sbb aku sudah tak tahan lg dgn semua
sandiwara mu..
Nyah kau dari hidup ku...
Cukup-cukup la m'sendakan perasaan ku...
Jelik..Muak..Semuanya aku da tak heran...
Sebab aku tahu...Sebenarnya kau hanya b'pura-pura...
Satu aku mahu ingatkan untuk mu...
Kau boleh m'perlakukan ku begini...
Teruskan jika kau mahu..
Tapi satu hari nanti...
Kau pasti akan merasa apa yg aku rasa ini...
Kepahitan yg aku terpaksa telan...
Kerana kau...Aku begini..
Terima Kasih....

Saturday, February 20, 2010

B.E.L.I.E.V.E.

LeArNiNg iSnt eaSy...
FruStrAti0n teNdS to SeT iN QuiCkLy...
You HuRt...You FeEL DeFeatEd...
You wANt t0 GiVe uP... t0 QuiT...
You wAnt t0 WaLk aWay...
aNd pReTeNd it d0eSnt MaTTeR...
But y0u w0Nt...
BeCauSe y0u're n0t a LoSeR...
You'Re FiGtHeR...
We aLL HaVe t0 LoSe s0MetiMeS BeF0Re wE CaN WiN...
We aLL HaVe t0 CrY s0mEtiMeS BeFoRe wE CaN sMiLe...
We HaVe t0 HuRt BeFoRe wE CaN bE sTr0Ng...
But iF y0u KeEp oN w0rKiNg & bELieViNg...
You'LL HaVe ViCt0Ry iN tHe eNd...

Thursday, February 18, 2010

a N.O.T.E from someone called a L.O.V.E.R.

Im so sorry my dear..
I really love you..
But, i cannot stay at "this" place..
I've to move..
To somewhere that peace can find me..
Honestly..I want to be in your heart darling..
But i realized..
There is no space for me in your heart..
Even to stand there..
There are too many memories we cannot escaped it
But dear..
I am always wishing you a happiness..
Because im really want u to cheers up..
To feel the joy on your day..
There is no other reason
Can make me stay..
Frustrated..but time will be gOne..
My journey..i will stand facing by myself..
Yeah..Im afraid..
But there's no choice..
I dont want gain advantage of your feeling..
I know how hurt it is..
"But, there might have been a time..
When i would give myself away.."
I wont give up..
But, i need a secOnd to breathe..
I know there is no turning back..
I will not ever regret it..
There's nothing wrong with you..
Its me..im freak..
But, thanks for loving me..
Even as your friend..
You doing it perfectly..
I really appreciate it..
Thanks a lot my dear..

MyHotComments.com



Wednesday, February 17, 2010

TO (g_g) : ON HIS BIRTHDAY [17/2]


Hope Lovely Suprises Are Coming Your Way

To Make Your Birthday [a] Wonderful Day

Smile & Laughter..Joy & Cheer

New Happiness That Stay Throughout The Year

Hope You Birthday Brings All These & More

Filling Life With Surprise & Joys Galore!

So On This Very Special Day

I Would Like To Say To You

I Hope You'll Always Find Happiness

In Whatever You May Do.

HAPPY BIRTHDAY (g_g)

Sunday, February 14, 2010

KERANA AKU C.I.N.T.A. KAU

Perasaan selalu jadi tak menentu..
Itu kerana aku cinta kau..
Setiap hari mahu mendengar khabar dirimu..
Itu kerana aku cinta kau..
Dalam sepi aku hanya teringat dirimu seorang..
Itu kerana aku hanya cinta kau..
Kadang-kadang aku merasa cemburu..
Itu kerana aku cinta kau..
Merasa sangat bahagia bila menerima panggilan darimu..
Itu kerana aku cinta kau..
Selalu tertanya-tanya adakah kau bahagia..
Itu kerana aku cinta kau..
Rasa bersalah jika tak dapat menenangkan dirimu..
Itu kerana aku cinta kau..
Rasa marah jika kau tak mahu bergantung padaku..
Itu kerana aku cinta kau..
Mahu kau selalu ada di sisi walaupun jauh..
Itu kerana aku cinta kau..
Selalu mengatakan perkara yang bukan-bukan
Itu kerana aku cinta kau..
Aku tak tahu sejak bila kau sudah ada dlm hatiku..
Semuanya kerana..aku memang cinta kau..(g_g)

Wednesday, February 10, 2010

What Have You D.O.N.E.

What have you done now?

I know I better stop trying
You know that there's no denying
I won't show mercy on you now
I know I should stop believing
I know that there's no retrieving
It's over now
What have you done?

What have you done now?

I've been waiting for someone like you
But now you are slipping away
Why? Why does fate make us suffer?
There's a curse between us
Between me and you

What have you done?

Would you mind if I killed you?
Would you mind if I tryed to cause you have
Turned into my worst enemy?
You carry hate that I feel
It's over now
What have you done?

What have you done now?

I've been fool
Won't let it go
We will be free when it ends

G A R A P A N

Walau sekuat mana kita cuba berdiri
Walau sedalam mana kita cuba menahan
Airmata tetap menyembah bumi
Menandakan keperitan..kepayahan..kepenatan
Langkah demi langkah cuba di atur
Agar tak melatah di p'tengahan jalan
Cuba bebas berdiri
Mencari jalan kedamaian
Tuhan..AgungNya kebesaranMu
Cuba menggarap kembali
Masa yang telah berlalu
Agar dapat perbetulkan keadaan
Agar jiwa kita bersatu hari ini..tiada penyesalan
Terduduk..terdiam ku sendiri
Mengharap sesuatu keajaiban terjadi
Namun tiada yang pasti..akhir sebuah penantian
Pasrah kepadaMu ya Tuhan

Saturday, February 6, 2010

C.I.N.T.A.

Mungkin akan begitu menyakitkan atau akan menyebabkan
rasa sakit dan menderita
tapi jika kamu tak mengikuti hati
kamu akan menangis.
Jauh lebih pedih saat kita menyedari bahawa
kita baru mencintai seseorang.
Jangan berharap seseorang mencintai mu persis
seperti kamu mencintainya.
Seorang pecinta terbaik adalah sahabat yang terhebat.

Cinta tak pernah begitu indah jika tanpa persahabatan.
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan tapi sebuah komitmen.
Cinta tak perlu berakhir bahagia kerana
cinta tak perlu berakhir.
"Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan
dan mengerti apa yang tidak dijelaskan".
Cinta tidak datang dari bibir, lidah dan fikiran melainkan dari hati.
Jika mencintai harus siap menerima penderitaan
kerana mengharapkan kebahagiaan akhir dari
sebuah cerita sedangkan
penderitaan adalah awal dari kebahagian.
Lebih baik kehilangan harga diri dan ego
bersama orang yang kita cintai daripada
kehilangan orang yang kita cintai
kerana ego tak berguna saat itu.
"Bagaimana aku akan mengatakan selamat tinggal
pada seseorang yang tidak pernah ku miliki !!!!"
"Kenapa titis airmata jatuh demi orang yang
tak pernah menjadi kepunyaan ku!!!"
"Kenapa aku merindukan orang
yang tak pernah bersama ku?"
"Kenapa aku mencintai seseorang yang cintanya
tak pernah untuk ku?"
Jangan mencintai seseorang seperti bunga
kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah dia seperti angin kerana angin
berhembus selamanya.
Cinta mungkin akan meninggalkan hatimu
bagaikan kepingan-kepingan kaca,
tapi percayalah dalam fikiranmu bahawa
ada seseorang yang bersedia untuk
mengubati lukamu dengan mengumpulkan
kembali serpihan-serpihan
kaca itu sehingga akan menjadi utuh kembali...
Mencintai bukan untuk memiliki tapi
kerana untuk mendewasakan diri.
"Dream can change but LOVE IS FOREVER".

Tuesday, February 2, 2010

My F E E L i N G

Jiwa kosong. Mental masih ok. Jalan pun masih nampak ke depan. Tp t'kenangkan sesuatu. Hampa. Hiba. Terkilan. Kecewa. Aduhai sang perasaan. Tak tahu bagaimana harus luahkan.
Seseorang.
Sentiasa merinduinya. Selalu ingin dia kekal bersama. Boleh kah b'kata-kata dengan ikhlas. Jangan b'muka-muka. Jangan buat orang lain keliru. Dia memang lain. Tak serupa tapi masih sama. Ingin m'hormatinya. Ingin berada disisinya. Ingin b'bicara secara baik. Tidak mahu ada p'telingkahan. Ingin dia mengambil berat tentangku. Tapi satu hal, aku @ dia mungkin keliru. Mungkin tak akan bersama.
Kemaafan.
Ingin memaafkannya. Ingin dimaafkan olehnya. Aku kah yang b'salah? Merosakkan keharmonian hubungan. Membuatnya sehingga tiada hati dan perasaan. Aku kah yang kejam? Bukan kah dia lagi kejam? Syahdu hubungan ini.
Kerinduan.
Merinduinya yang telah hilang. B'tukar menjadi seorang yang lain. Mungkin aku yang tak cukup mengenalinya. Atau dia yang hipokrit? Sandiwara kah ini? Apa yang telah terjadi? Aku tak mengerti.
Kenapa?
Soalan yang sering t'pacul di mindaku. Kenapa, kenapa dan kenapa? Aku tiada jawapan. Dia pun tiada jawapan. Tapi yang pasti jiwa ku t'seksa. Hiba. Kecewa. Boleh kah kita m'jadi kawan? Hanya kawan. Aku mahu lebih, tapi aku suka kalau ianya persahabatan. Kerana dia tak akan menyakitkan ku sehingga begini jika atas dasar p'sahabatan.
Harapan.
Harapan sentiasa ada dalam diriku. Aku tak mahu mengalah sebelum m'cuba. Ini perjuangan ku. Aku tak salah. Aku cuma mahu memiliki sesuatu yang aku impikan. Kebahagiaan. Aku harap suatu hari nanti, dia sedar semua perkara ini. Dan seandainya kami tak bersama, harapan ku agar dia bahagia dan tahu apa yang dia mahu.
.sekadar luahan tanpa pendengar.

Monday, February 1, 2010

Public Toilet

Aduhai..sape la yg jadik mangsa nih...kesian tOl..cuba byangkan anda berada di situasi cmni..ahaks!~

video

video

Funny Guy : Mr Bean

I got this email from my friend. Just nk share ngan u all..Hope u all enjoy ya ^.^



1) B R A I N_T U M O R


Doctor : I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr.Bean : Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor : Did you understand what I just told you?
Mr. Bean : Yes of course, do you think I'm dumb?

Doctor : Then why are you so happy?
Mr. Bean : Because that proves that I have a brain!




2) DEATH OF HIS MOTHER

Mr.Bean :(crying) the doctor called, Mom's dead.
Friend : condolence, my friend.

(After 2 minutes) Mr. Bean cries even louder

Friend : what now?
Mr. Bean : my sister just called, her mom died too!



3) MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL


Teacher : What is 5 plus 4?
Mr. Bean : 9


Teacher : What is 4 plus 5?
Mr. Bean : Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!


......they say, freedom of expression....(^_^)

H I L A N G

Dedicated to someone out there (g_g) :

Pada suatu saat
Aku bermimpi sendiri
Kau berada di sisiku
Menemani di setiap hari-hari ku

Dan setiap saat itu
Kau hadir memecah kesepianku
Tunjukkan aku lorong-lorong kebahagiaan
Sehingga aku tak mampu
Menghalang kewujudanmu dalam mimpi-mimpi ku

Dan pada suatu saat yg lain pula
Aku tersedar
Aku sudah kehilangan
Sesuatu.....
Aku cuba m'genggam kembali
Tapi ia hanya lah sekadar ilusi
Tanganku kosong
Tiada apa....

Dan bila aku sedar
Aku telah kembali kekurangan
Dan bila aku harapkan
Kau tiba
Aku sudah pun hilang dari kewujudan