Friday, April 30, 2010

Patah Sayap

Terbang tinggi si angsa tasik
Melalui belukar sena berduri
Jauh-jauh buang pandangan
Serba-serbi tak kena
Pandang-pandang selayang pandang
Mencari tasbih cinta berguguran
Menuntut harapan & pengorbanan
Leka dibuai ulit mimpi
Terlepas satu impian
Terbang lagi tinggi-tinggi
Sampai jumpa si merak kayangan
Nah kebahagiaan, nah penderitaan
Dua-dua menjadi pilihan
Warnailah kehidupan
Jangan sampai melukai insan lain
Biarpun bunga tak mekar
Biarpun pelangi hanya sementara
Biarpun sayap ini patah
Tidak akan berhenti perjalanan ini
Terus terbang mencari bayangan

Wednesday, April 14, 2010

DEBUT : PERJUANGAN INI

~ My God, amazing how we got this far ~
Walau masih belum jelas perjuangan ini
ku tetap mencari
Tidak akan berhenti
sehingga diri ini merasai kepuasannya
Dalam erti pencarian ini...
Ku dapati terlalu banyak perkara yg diluar jangkaan...
Bila mana kita cuba bertahan
Di situlah cabaran memainkan peranannya...
Tanpa disedari, diri ini telah jauh berlari
Dengan harapan boleh meninggalkan
Kesengsaraan, ketakutan jauh di belakang...
Apakah kesudahan perjuangan ini..?
Diri ini juga tidak pasti
Mengapa kepercayaan yg sedia ada
sangat mudah tercalar..?
Mungkin kerana hati ini
Tidak sanggup lagi menanggung
Pengkhianatan ini...
Menyukai seseorang
Mencari apa yg kita mahu dlm hidup ini
Kegagalan pd percubaan pertama
Mencabar kebolehan diri
Semua ini haruslah ada
Supaya hidup ini bermakna pada akhirnya...
Ketahuilah, bahawasanya..
Dunia ini bulat, roda juga berputar
Kadangkala kita di atas
dan adakalanya kita di bawah...
Dan keadilan dunia ini...
Menunjukkan keadilan Penciptanya...
Apa yg terjadi hari ini pd diri kita
adalah rentetan drpd perkara yg lepas...
Bagaimana kita mengkhianati kepercayaan seseorang
Seperti itu jugalah kita akan dikhianati...
Belajarlah untuk menghargai
bukan kerana harganya, tapi pada nilainya...
Bagaimana boleh menyinta..?
Andainya perasaan suka juga menjadi satu kesalahan
Ini baru permulaan, diri ini belum jauh ke dalam hatimu...
Seandainya kita diberi pilihan sekali lagi..
Pastinya diri ini memilih
untuk meninggalkan dunia ini...
Kehilangan
adalah punca manusia lebih menghargai...
Tapi kelekaan
adalah punca manusia gagal berkali-kali...

Friday, April 9, 2010

The Truth You'll Never Know


When all i ever wanted
was a shoulder where i could cry...
I could never depend on this guy
I always used to cry and ask myself why?
until i realized that you were just a lie
I know you might think im crazy
You might say i have an obsession
But truely ~ i want you back thats my confession
A heart was broken and you know it's true
For i let myself fall in love with you
There was something between you and i
I cant believe what you did
You left me, my heart, my world, made me cry
The truth i'll never tell you ~ i'll just hide
My feelings will be hidden ~ buried inside
The truth i'll never tell you
Nor will i let you go...

♥♥ With Love U.N. ♥♥