Thursday, June 24, 2010

CINTA JANGAN KAU PERGI

They say past is past...We need tO move to see the
future...But how can we move on when
our past is the only thing we ever wanted
in the future???
Cinta...
Jangan kau pergi, tinggalkanku sendiri
Aku tak rela meski aku merelai
Aku amat mengasihimu kekasih
Maafkanlah segala kesalahan ini
Bagaimana harus ku teruskan hidup ini tanpamu
Jangan kau diam lagi
Aku tak sanggup menahan perasaan ini lagi
Jiwa ini tak tenang
Cinta...
Jangan kau lari
Apalah erti hidup ini tanpa cinta dan kasih
Masihkah ada kesempatan untukku
Hati ini tak sanggup kehilanganmu
Aku tak mahu hilang kasihmu
Inilah pengakuanku
Aku cinta kamu

Tuesday, June 22, 2010

KEMBARA CINTA

Life is not only about you. It's about others too. Therefore PLEASE DON'T BLAME OTHERS IF THINGS HAPPENED NOT AS YOU PLANNED. Sometimes you have to look at yourself, not knowing to you, you were the one who caused everything that happened. YOU YOURSELF WHO DESTROYED WHAT YOU HAVE.
I've try to learn all the hardest things in this life. I've try to understand the word above ↑. Its always like this, THINGS HAPPEN NOT AS OUR PLANNED. But how to accept the fact honestly from the bottom of our heart?
Its not easy right? That is why we always blame or put the things to others fault. Therefore, we have to "Muhasabah Diri". Kadang-kadang kita tak nampak kat mana salah kita. Kita selalu fikir kita betul for everythings and cannot accept other's explanation. Its not fair for them. Maybe for us too.
Sepanjang pengembaraan ini, i've realized, banyak perkara berharga yang telah dilepaskan. Terasa kehilangan bila memikirkannya. Like word above, kadang-kadang kita lah penyebab kehilangan perkara-perkara yang berharga tu. But, as we know, t'lajak perahu boleh diundur, t'lajak masa, kita tak boleh patah balik.
Yang terbaik sekarang ialah bukan menyesali, tapi cuba perbaiki kesilapan yang lepas.
Life must go on walau apa pun yang berlaku. Walau sedalam mana kita mahukan perkara tersebut, tapi jika takdir menentukan ia bukan milik kita, maka terpaksalah kita lepaskan. Naive, without knowing what will happen after this, we as a human belong to Him, we should accept the fact [REDHA].
Nabi SAW bersabda ~ "Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."
To someone who i really care (g_g),
Kita boleh bercita-cita, berangan, bermimpi, kita juga mengharapkan sebuah kejayaan di dalam sesebuah perhubungan. TETAPI, jika tiada izin dari Dia Yang Maha Esa, maka tidak akan terjadi apa saja yang kita mahu ianya berlaku.

Segala-gala adalah ‘kerja Tuhan’. Cuba kita renungkan sejenak.

- Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.
- Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.
- Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.
- Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.
- Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.

Kita selalu bercakap pasal agama islam, kita selalu berkata tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah, tetapi sejauh manakah kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan? Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, maka kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu KERANA…
Tuhan lebih menyayangi mu. So jika begitu, bukankah we should be happy?
These that we called The Hardest Things like i said before. Only people who have strong heart, believe and never give up can hold on this kind of matters. One more things, apa yang kita kejar sebenarnya dalam hidup ini? Wealthness? Pride? Status? Love? Freedom? Pernahkah kita terfikir? Apa gunanya jika kita ada semuanya tapi jiwa kita kosong? Adakah kita betul-betul gembira dengan semua yang dah kita miliki? Jawapannya tidak jika kita tak ada Cinta dariNya.
Perkara yang kita tak sedar untuk mendapatkan cinta sejati adalah bermula dengan menyintai Tuhanmu. Hanya melaluiNya kita diberi petunjuk. Cahaya itu akan ada dimana-mana. Percaya pada setiap perkara yang dah ditentukan. Namun, itu tak bererti kita harus mudah menyerah. Tuhan memberi peluang kepada hambaNya supaya berusaha sehingga titisan darah terakhir. Dan jika akhirnya, kita buntu, maka mintalah petunjuk dariNya. Jika benar-benar perkara itu bukan untuk kita, maka kita harus lepaskan dan redha dengan ketentuanNya.
We are easy to talk right? How about the people who face that situation? Is't hard? We dont know until the situation come to us. Well, we should kuatkan hati. Percayalah, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Kembalilah pada peganganmu.
Kembara Cinta, bukan sekadar mengembara seorang diri. Tetapi merasai hidup keseorangan, bukanlah teruk seperti yang kita sangkakan. Word "try" banyak menjadikan diri kita tidak rugi dalam kehidupan. Sebenarnya, kita tak pernah keseorangan. Loneliness never exist. Jika hanya kita percaya wujudnya Tuhan.

Tuesday, June 15, 2010

FINALE VOLUME II - BROKEN HEART

♠ IGNORE ME ♠
♠ DISEBALIK SENYUMAN ITU ♠
♠ AKU BUKAN ENGKAU ♠
♠ MUHASABAH CINTA ♠
♠ WILL EVER ♠
♠ LEAVING YOU ♠
♠ JUST ME & THE RAINBOW ♠
♠ THE TRUTH YOU'LL NEVER KNOW ♠
♠ DEBUT : PERJUANGAN INI ♠
♠ PATAH SAYAP ♠
♠ SUFFER ♠
♠ BUATMU PUISI TERPENDEK DI DUNIA : HURT
♠ SPEECHLESS ♠
♣ MENGASIHI SESEORANG YG BUKAN DITAKDIRKAN UTK KITA ♣


I wanted a perfect ending.
Now i've learned the hard way, that some poems dont rhyme,
and some stories don't have a clear beginning, middle and end.
Life is about not knowing,
having to change,
taking the moment and making the best of it,
without knowing what's going to happen next.

Monday, June 14, 2010

Mengasihi Seseorang yg Bukan Ditakdirkan Untuk Kita

Mengasihi seseorang yg bukan ditakdirkan utk kita bukanlah sesuatu yg mudah. Diri seperti tunggul tak diendahkan, segala keikhlasan diragui, kewujudan tak dihargai. Apa yg kita harapkan dlm hidup ini supaya boleh m'beri kita kebahagiaan yg hakiki? Semua itu takdirNya Yg Maha Esa. Sebagai hamba, kita pasrah m'hadapi segala dugaan yg kita sendiri tak rela. Haruskah begitu? Merelai perkara yg kita sendiri tak mahu berlaku. Ya, itulah kuasaNya. Untuk menguji ketabahan seorang hambaNya yg naif di dunia yg fana ini.
Walaupun menyintainya sepenuh hati, tapi jika dia mmg bukanlah orgnya, haruslah dilepaskan jua. Sememangnya kewujudan diri ini tak pernah dirasai. Jika keikhlasan pun diragui, maka tiada apa yg tinggal. "Cintaku bukan kerana hartamu, rupamu @ apa yg kamu miliki, tapi kerana dirimu yg satu, yg nampak lain di mataku. Namun diri ini sedar, kekurangan itu, lebih kepadaku. Aku bukanlah pemilik tulang rusukmu. Engkau bukan milikku. Cinta ini juga, mmg bukan untuk mu. "
Diri ini mengharapkan, tiada yg lain, kerana hati ini penuh dengan dirimu. Sekali cinta, selamanya cinta. Tapi diri ini tak berani utk melafazkan kerana tidak mahu hati ini terluka lagi. Diri ini hanya m'harapkan, kamu melayaniku seperti sahabatmu yg lain. Tiada halangan, tiada keraguan, jujur berkata-kata. Tapi mengapa, selalu diri ini tampak buruk di mata mu. Ya, mungkin itulah kelemahanku yg dirimu tak boleh terima.
Untukmu wahai seseOrang ~ "Seandainya kita tak b'sedia utk menyambut cinta org lain, maka jgn lah m'buat org lain jatuh cinta pada kita pula. Dengan tidak sedar, kita m'beri harapan palsu kepadanya, lantas akn melukai hatinya." Mengapa selalunya kita hanya pandai berkata-kata shj. Tak pernah kah kamu sedar apa yg kamu lakukan itu menyakiti perasaan orang lain? Sesungguhnya, hal yang menyedihkan dalam hidup ini adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Tapi hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

"Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama."
Begitulah diri ini menyukaimu. Hanya perlu mendengar padamu, diri ini menyukai segalanya tentang dirimu. Tapi sampai satu garisan, dan akhirnya diri ini terpaksa melepaskan kerana engkau bukanlah untukku. Mungkin itulah petunjuk yg diri ini cari selama ini. Walaupun begitu, diri ini akan sentiasa mendoakannmu bahagia walaupun kamu tidak berada disisi diri ini lagi. Biarlah diri ini pergi jauh darimu. Cinta ini tak pernah utk memaksa, cuma secebis penjelasan yg disalahertikan. Akur ~

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan."
Diri ini akan memegang kata-kata di atas. Ya, perjuangan ini masih panjang. Mungkin ruang waktu akan mengubat derita sengsara ini. Tak perlu kata maaf, kerana diri ini sentiasa memaafkan dirimu. Itu kerana, pada suatu ketika dahulu, diri ini sudah menerima segala kekurangan pada dirimu. Bukan salahmu jika engkau tidak tahu m'hargai, diri ini tahu, tiada yg sempurna di dunia ini.

Petikan Khas ~
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi ; "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu ; "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”