Sunday, August 8, 2010

LOVE END

Mengertikah engkau
Membencimu bukanlah satu pilihan
Kepergianku jua bukanlah satu pilihan
Sememangnya kau tak pernah memberi aku pilihan
Jadi apa pilihan yang aku ada...?
Mengertikah engkau
Tanpa kau sedari, banyak yg telah kau lukakan
Perit derita aku tanggung sendiri
Dikala kau bahagia, aku menangis
Namun pilihan apa yang aku ada...?
Sesungguhnya kehidupan ini terlalu sukar untuk ku tempuhi
Aku mencari-cari ruang yg masih tinggal untukku
Inginku teruskan kehidupan ini
Walau tanpamu aku tak gentar
Aku tidak mahu menoleh kebelakang
Kerana aku tahu kau ada di situ
Kerana tempatmu dibelakang, bukan di depan
Aku mahu terus berlari
Aku benar-benar mahu pergi
Kerana cintaku tiada lagi untukmu

No comments: