Tuesday, September 7, 2010

Perhatikan


Aku belum mahu berhenti
Aku masih ada di sini
Aku yang menentukan laluan hidupku
Mengalah bukan bererti kalah
Berehat seketika
Membina semula destinasi
Akan ku lalui jalan yang sama
Kerana ada sesuatu yang masih belum terbukti
Suatu hari kau akan ke sini
Tempatku
Kau akan membayar segala yang kau mulai
Tiada pampasan untuk setiap kemalangan
Jangan sehingga kau perlukan namaku
Di saat hembusan terakhir nafasmu

Wednesday, August 18, 2010

YOU INSPIRE ME

mmmm whatcha say
mmmm that you only meant well?
well of course you did
mmmm whatcha say
mmmm that it's all for the best?
of course it is
mmmm whatcha say?
mmmm that it's just what we need
you decided this
whatcha say?
mmmm what did she say?

~ (hide and seek) ~

ransom notes keep falling out your mouth
mid-sweet talk, newspaper word cut outs
speak no feeling no I don't believe you
you don't care a bit, you don't care a bit


Sunday, August 8, 2010

LOVE END

Mengertikah engkau
Membencimu bukanlah satu pilihan
Kepergianku jua bukanlah satu pilihan
Sememangnya kau tak pernah memberi aku pilihan
Jadi apa pilihan yang aku ada...?
Mengertikah engkau
Tanpa kau sedari, banyak yg telah kau lukakan
Perit derita aku tanggung sendiri
Dikala kau bahagia, aku menangis
Namun pilihan apa yang aku ada...?
Sesungguhnya kehidupan ini terlalu sukar untuk ku tempuhi
Aku mencari-cari ruang yg masih tinggal untukku
Inginku teruskan kehidupan ini
Walau tanpamu aku tak gentar
Aku tidak mahu menoleh kebelakang
Kerana aku tahu kau ada di situ
Kerana tempatmu dibelakang, bukan di depan
Aku mahu terus berlari
Aku benar-benar mahu pergi
Kerana cintaku tiada lagi untukmu

Monday, July 26, 2010

Takku Miliki

Saat yang berlalu
Minit yang pergi
Bagai ada rindu
Yang bersemi di lubuk hati
Tiap malam
Ku ilhamkan sebuah puisi
Hanya untuk dia yang ku kasihi
Tidak ku mampu menggapai
Sebutir bintang di langit
Hanya terdaya
Merenungi kerdipan sinar
Di langit yang kelam tidak berawan
Hati yang menyimpan seribu impian
Untuk berdiri di sisi kejora
Tinggal kenangan
Lantaran
Kaki yang masih berpijak di bumi nyata
Meragut harapan
Menyedarkan lamunan
Duhai bintang
Bila mungkin daku ke sana
Katakanlah
Selagi harapanku masih bercahaya

Tuesday, July 20, 2010

Ketika Aku Menemui Cinta


[Suatu masa dulu]
Dingin malam tak terasa lagi
Setiap hari menunggu sesuatu yang tak pasti
Tanpa berfikir
Melayar sendiri bahtera yang tiada penghuni
Kecoh mulut omong-omong tatkala diam menyepi
Pertelingkahan yang terselit kemanisan
Setiap hari pasti menanti
Keraguan terhapus tanpa koma
Keriangan terpancar dek wajah yang berseri
Senyuman penuh keikhlasan
Memberi tanpa mengharap balasan
Menutup mata kerana akan bertemu
Di alam yang satu
Alangkah indah jika tanganmu dapatku gapai
Mengatur langkah selari
Di lorong jalan sehala
Dan kini...aku tak bisa
Mengenang saat yang tiada dirimu